Tuesday 12 April 2011

Post Terakhir Daripada Irfan Khairi!

Frekuensi pemikiran besar

Oleh: Irfan Khairi

http://www.irfankhairi.com

Pastinya anda pernah dengar kata-kata pakar motivasi untuk berfikir besar- Think big! Sekiranya pendapatan anda kini adalah RM3,000, bayangkan anda mampu memperolehi RM30,000. Sekiranya pendapatan anda adalah RM5,000, bayangkan pendapatan boleh mencecah RM50,000! Boleh kah anda bayangkan?
Untuk kebanyakan antara kita ianya adalah amat sukar! Bukannya senang untuk think big  Mana taknya, bertahun-tahun kita dalam lingkungan pendapatan yang “lebih kurang sama” sahaja, masakan pula hendak berangan pendapatan kita boleh berganda 10. Hendak meyakinkan diri, satu cerita, inikan pula kalau kita kongsikan matlamat “think big” kita dengan kawan, sudah tentunya kita hanya akan kena perli mereka.
Biarkan saya berkongsikan satu rahsia dengan anda: Berfikir besar adalah titik permulaan segala yang hebat berlaku! Ianya adalah amat penting untuk berfikir besar. Mengapa pendapatan atau kejayaan seseorang itu tidak cemerlang sepertimana yang diinginkan? Pastinya kerana mereka tidak fikir besar.
Saya teringat satu rancangan TV menjemput saya sebgaai tetamu baru-baru ini untuk berbicara tentang potensi diri, dan dalam rancangan tersebut, terdapat selingan temubual diluar studio dengan orang ramai. Penemubual bertanyakan pada seorang lelaki yang berpakaian kemeja segak, bertali leher. Penemubual bertanya “Bolehkah anda menjadi Jutawan?”. Jawapan yang diberikan “Insyaallah, dengan usaha yang lebih, mungkin saya akan capai hasrat saya itu satu hari nanti”
Tak lama kemudian, orang lain pula ditemubual. Kali ini, seorang lelaki yang memakai T Shirt dan berseluar jeans (kelihatan agak selekeh). Soalan yang sama ditanya “Boleh kah anda menjadi Jutawan?”. Jawapannya pula…. “er… er… saya tak pernah terfikir pula. Mana la tahu, kalau saya menang pertandingan ke… mungkin boleh jadi jutawan… er… tapi, tak tau la…”
Lelaki pertama memberi jawapan yang berfikiran besar. Manakala lelaki kedua memberi jawapan yang agak kurang memuaskan- jadi jutawan dengan menang pertandingan??
Jawapan yang mereka berikan mencerminkan personaliti dan fikiran masing-masing. Lelaki pertama kelihatan daripada pakainannya seperti seorang yang berjaya- pastinya seorang yang berfikir besar yang telah dicerminkan daripada jawapannya.

Thursday 7 April 2011

Kejayaan Itu Mudah Berjangkit Jika...

Kejayaan berjangkit

Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya!
Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi “If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys”.
Mastermind group

Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan “Mastermind’ tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.
Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep “kejayan berjangkit ini”.
Dampingkan diri dengan kejayaan
Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.
Success breeds success

Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins “Success Breeds Success”, bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!
Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana

Saturday 2 April 2011

8 Tip Mudah Untuk Hidup Mewah!

8 tip mudah untuk hidup yang mewah

Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Tak perlu kopi & rokok!

OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?
Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.
3: Jaga emosi

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!


4: Pakar 1 topik kewangan

Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.
Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.
5: Hutang yang bagus

Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?
Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang